invisible hit counter
≡ Menu

Tanggungjawab Sebagai Isteri

Tanggungjawab Sebagai IsteriSudah menjadi satu kewajipan apabila isteri perlu sentiasa berada di sisi suaminya setiap masa. Isteri juga tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawabnya yang mana merupakan hak kepada suami. Tanggungjawab ini sememangnya perlu dilakukan kerana ia sedikit sebanyak menjadi salah satu kunci syurga buatnya. Bukankah isteri perlu mendapat redha daripada suaminya. Jangan menganggap isteri itu seperti orang gaji yang boleh disuruh-suruh, tetapi anggaplah apa yang ktia lakukan untuk suami demi mencapai keredhaan Allah SWT.

#1 Mentaati Dan Menghormati Suami

Janganlah sesekali kita tidak bertindak luar kawalan dengan menghilangkan rasa hormat terhadap suami. Isteri perlu mentaati apa yang diminta oleh suami dan apa yang dilarangnya selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Kes isteri yang hilang hormat terhadap suami sering berlaku terutamanya apabila si isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

#2 Menjaga Maruah Suami

Adakah kita tidak berasa malu apabila ada orang yang mempermainkan maruah suami kita? Maka, sebagai seorang isteri kita wajib mempertahankan maruah suami. Hindarkan dari bercerita tentang keburukan suami biarpun perkara itu kadangkala tidak serius. Namun impaknya boleh jadi ia mengundang satu fitnah yang tidak baik kepada keluarga.

#3 Membelanjakan Harta Suami Dengan Sebaiknya

Setiap nafkah yang suami berikan kepada isteri, tidak bermakna isteri boleh membelanjakan sewenang-wenangnya. Tetapi berbelanjalah dengan sebaiknya agar ia tidak membazir dan membawa manfaat kepada diri dan keluarga. Apabila menyentuh soal berbelanja, isteri perlu memastikan bahawa segala keperluan mencukupi sebelum memikirkan tentang kehendak diri.

#4 Meminta Izin Sekiranya Mahu Keluar Rumah

Isteri perlu tahu setiap perkara yang dilakukannya perlu dimaklumkan kepada suami hatta mahu keluar rumah sekalipun. Izin suami itu tidak boleh dipermainkan. Jika suami tidak mengizinkan keluar, maka janganlah sesekali keluar. Larangan itu ada kalanya bersifat mahu mendidik, dan adakalanya suami risau akan bahaya mahupun ancaman di luar rumah. Bersikap positif dan jangan bermasam muka sekiranya permintaan itu tidak ditunaikan.

#5 Memberi Layanan Yang Baik

Memberikan layanan yang baik kepada suami merupakan amalan yang paling mulia. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah menyambut kepulangan suami tatkala dia pulang dari tempat kerja. Sambutlah dengan senyuman sambil bersalam mencium tangan di muka pintu. Mungkin dengan cara itu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa penat suami bekerja.

1 comment… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.