invisible hit counter
≡ Menu

Tips Menjadi Isteri Solehah

Tips Isteri SolehahWanita adalah golongan yang mudah masuk ke dalam neraka, dan juga yang mudah untuk masuk ke dalam syurga. Jika dia sudah berkahwin, dan mentaati segala perintah Allah SWT serta taat kepada suaminya, maka dia boleh memilih mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya. Tetapi ironinya pada hari ini, ramai isteri memilih untuk tidak memilih jalan ke syurga. Tanpa perasaan malu menayangkan aurat di hadapan ajnabi, melunakkan suara dan sebagainya. Ketahui apakah tips mahu menjadi isteri yang solehah.

#1 Tidak Membuka Aib Suami

Tidak ada suami yang begitu sempurna samalah seperti hakikat tiada manusia yang sempurna. Tetapi anggaplah bahawa suami itu sempurna di mata kita. Janganlah sesekali kita membuka aib suami, tidak kiralah sama suami itu tahu ataupun tidak. Kadang kala cerita-cerita yang kurang enak diperdengarkan kepada orang lain boleh menimbulkan fitnah terutama kepada suami. Sebagai contoh, suami mempunyai tabiat buruk suka tidur berdengkur. Jadi kita menganggap itu sebagai satu gurauan dengan menceritakan kepada rakan-rakan yang lain.

#2 Berhias Untuk Suami

Hakikatnya wanita sekarang lebih suka berhias di luar rumah berbanding di dalam rumah. Namun begitu tidak semua. Berhiaslah di hadapan suami kerana bukankah kecantikan isteri itu hanya untuk tatapan si suami. Hiburkanlah hati suami supaya dirinya rasa terhibur dengan tingkah laku si isteri. Sesekali pakailah pakaian yang membangkitkan perasaan ghairah khas untuk suami.

#3 Mentaati Suami

Isteri yang mahu disayangi suami dan diredhai oleh Allah SWT hendaklah sentiasa mentaati suami. Jika suami melarang, maka tinggalkanlah. Jika suami suka, maka lakukanlah. Hatta sekali kita mahu melangkah keluar  rumah, ia perlu mendapat izin suami terlebih dahulu. Namun jika suami mengarahkan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam, maka ia perlu dijauhkan antaranya seperti suami melarang isteri bersolat, berpuasa dan sebagainya.

#4 Air Tangan Buat Suami

Suami mana yang tidak gembira apabila segala hal makan minumnya dijaga dengan air tangan isterinya sendiri. Inilah berkat rahsia rumah tangga yang tidak ramai yang mengetahuinya. Berkat membaca bismillah sebelum menyediakan juadah untuk suami adalah satu perkara yang baik. Niatlah dalam hati dan berdoa supaya air tangan ini mampu memberikan kebahagian pada suami. Jangan memandang rendah terhadap air tangan isteri ini kerana ia tersimpan seribu berkat.

#5 Redha Daripada Suami

Syurga isteri adalah di bawah keredhaan suaminya. Jika syurga suami adalah di bawah keredhaan ibunya. Ingatlah dan renungkanlah bahawa suami yang akan memimpin isteri masuk ke dalam syurga. Jika kita mempunyai sifat panas baran terhadap suami, maka berhati-hatilah. Ia mungkin pada awalnya nampak biasa sahaja, namun sedikit sebanyak ia boleh mengguriskan hati suami. Selain itu, sentiasalah bermaaf-maafan sebelum tidur dengan suami kerana belum tentu hari esoknya kita diberi keizinan untuk bernafas kembali.

1 comment… add one
  • Seorang isteri August 29, 2013, 7:18 am

    Terima kasih atas tips yang diberikan saya akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang soleha InsAllah. Dan kadang kala saya terlupa batas – batas sebagai seorang isteri. Saya hanya niat untuk berkawan dengan lelaki tanpa saya sedari lelaki tersebut mempunyai perasaan sayang terhadap saya. Apatah lagi dia suami orang dan saya isteri orang SubahanaAllah. Sungguh besar ujian yang diberikan namun dengan izin Mu Ya Allah saya boleh mengatasinya kerana Cinta saya pada Allah,Allah telah jodohkan saya dengan insan betul – betul sabar serta saya bersyukur di jodohkan dengan suami saya sekarang ini kerana dia seorang insan yang betul – betul baik satu antara seribu orang yang sepertinya. Ya Allah Engkau periharalah jodohku bersama insan ini. Amin.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.