invisible hit counter
≡ Menu

Tips Mudah Mendapatkan Anak

cara mudah hamil mengandungSeorang suami atas isteri sudah tentu ingin mendapatkan zuriat sebaik sahaja melayari bahtera rumahtangga. Anak merupakan amanah Illahi yang tidak ternilai harganya. Amatlah beruntung kepada sesiapa sahaja yang telah dikurniakan cahaya mata lebih awal daripada segelintir suami isteri yang telah lama mencuba untuk mendapatkan anak. Namun begitu, buat suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata haruslah sentiasa berikhtiar, berdoa dan tawakal kerana rezeki itu adalah rahsia Allah SWT.

Oleh itu, terdapat beberapa tips dan amalan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

Doa merupakan senjata terkuat orang Islam. Melalui doa juga, segala rintihan dan permintaan kita didengari olehNya. Dan ketahuilah kita bahawa Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Kita harus yakin dan percaya dengan janji-janji Allah kerana kesemua janjiNya itu adalah benar belaka. Amalan utama yang boleh dilakukan melalui doa termasuklah membaca Bismilillah sebanyak satu kali, berselawat keatas Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali dan sujuk selepas solat subuh serta membaca syahadah sebanyak 101 kali. Jika ada berkat dan pahala daripada bacaan itu, semoga apa yang dihajatkan akan ditunaikanNya dan akan diselamatkan diri daripada mudah berputus asa.

Selalulah beristighfar dan melakukan taubat kepada Allah SWT agar dirahmati dan dikasihi lalu menjaga isi rumah daripada malapetaka dan bencana serta menyelamatkan keluarga daripada sifat-sifat riak, ajuk, angkuh, sombong dan sifat-sifat tercela yang boleh merosakkan diri. Selain itu, cara kedua yang ifektif untuk memudahkan agar mendapat cahaya mata ialah mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Baik suami mahupun isteri, kedua-dua memerlukan makanan yang berkhasiat. Berat badan yang ideal perlu dikekalkan kerana kebanyakan pasangan yang mempunyai berat badan yang kurang atau berlebihan mengalami kesukaran mendapat anak berikutan hubungan intim yang tidak memuaskan dan masalah suami mengalah awal.

Kedudukan ketika melakukan hubungan intim juga memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan kehamilan. Ketepatan kedudukan amat penting untuk membantu proses persenyawaan. Kedudukan suami diatas amat digalakkan ketika melakukan hubungan intim kerana ia juga mampu meningkatkan tahap kesuburan benih si suami. Kedudukan ini baik kerana sperma mudah melalui tiub fallopio isteri, meningkatkan aliran simen sehingga serviks mampu menampung lebih banyak sperma.

Perkara yang sebaiknya dilakukan untuk mengetahui kesuburan pasangan adalah melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital ataupun klinik kesihatan ibu dan anak. Kehamilan ditentukan oleh tahap kesihatan yang baik, meliputi seluruh tubuh badan termasuklah organ persenyawaan setiap pasangan. Sistem pembiakan dan dan hormon memainkan peranan penting untuk mencetuskan persenyawaan yang menyebabkan kehamilan.

Dengan mengetahui keadaan kesihatan masing-masing, pasangan akan mendapat pencerahan yang lebih meluas mengenai kehamilan dan pendidikan kesihatan mengenai pendidikan keluarga di unit perancang keluar. Setelah kedua-duanya disahkan sihat, barulah pasangan akan didedahkan dengan lebih banyak amalan dan kaedah untuk memudahkan kehamilan.

1 comment… add one
  • saha November 25, 2013, 2:58 am

    Saya senang je, jangan pakai kondom, mesti tiap tahun berderet!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.